PUBLIC NOTICE:
LATEST UPDATE ON J SATINE
MONDAY, 11 NOVEMBER 2024
Following the recent stop-work order issued by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), we would like to provide an update on the situation.
We understand the concerns surrounding our construction project and would like to assure everyone that the company is taking this matter very seriously.
We have engaged the relevant consultants and independent experts to thoroughly investigate the root cause and implement a comprehensive remedy plan.
Our top priority is to ensure that the building remains safe, with no compromise on the integrity of the site.
In addition, we are working closely with DBKL to address this issue comprehensively.
At this time, we are unable to disclose further details or speculate on the matter until the full investigation report is finalised.
Rest assured, we will provide updates as soon as possible.
We kindly ask all stakeholders, purchasers, and the public to remain patient while we await the results and further announcements.
Kindly channel your enquiries to: [email protected]
Thank you for your understanding and cooperation.
#JSatineUpdates
MAKLUMAN AWAM:
PERKEMBANGAN TERKINI J SATINE
ISNIN, 11 NOVEMBER 2024
Susulan arahan pemberhentian kerja (stop-work order) yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kami ingin memberikan perkembangan terkini mengenai perkara ini.
Kami memahami kebimbangan yang timbul berkenaan projek pembinaan kami dan ingin memberi jaminan bahawa syarikat kami memandang serius akan perkara ini.
Kami telah melantik perunding yang berkenaan serta pakar bebas untuk menyiasat punca utama isu ini secara menyeluruh dan melaksanakan pelan pemulihan komprehensif.
Keutamaan kami adalah untuk memastikan bangunan ini kekal selamat tanpa menjejaskan integriti tapak pembinaan projek ini.
Disamping itu, kami juga bekerjasama rapat dengan DBKL untuk menangani isu ini secara menyeluruh.
Buat masa ini, kami tidak dapat berkongsi butiran lanjut atau memberikan sebarang andaian terhadap perkara ini sehingga laporan siasatan siap sepenuhnya.
Kami berharap agar anda semua tidak bimbang mahupun khuatir. Kami akan kongsikan sebarang perkembangan terkini dengan kadar segera.
Kami memohon kepada semua pihak berkepentingan, pembeli, dan orang awam untuk kekal bersabar sementara menunggu hasil siasatan dan pengumuman selanjutnya.
Untuk sebarang pertanyaan, sila salurkan ke alamat emel: [email protected]
Kami amat menghargai dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.
#JSatineUpdates
PUBLIC COOPERATION REQUESTED
LATEST UPDATE ON J SATINE
FRIDAY , 8 NOVEMBER 2024
We acknowledge the videos and images that have gone viral on social media regarding one of our company’s construction projects.
We would like to inform that all safety measures have been taken in accordance with established safety regulations to ensure the safety of the public and the interests of our buyers.
We want to emphasise that this development has been carefully planned and the construction process implemented is in line with the regulations and ethics practiced by the relevant professional bodies.
At present, we’re teaming up with expert advisors and a special task force to give you a true picture of the project’s status. We want to provide an accurate assessment and to show that the construction site issue has been misrepresented.
We are committed to sharing these insights with the public.
We greatly appreciate the cooperation from the public to stop sharing videos or images and speculating unverified information related to this project.
We believe the facts will speak for themselves and clarify any misconceptions about the situation.
We would like to reiterate our stance that safety aspects have always been our priority in every development project we undertake.
Thank you for your cooperation and support.
MOHON KERJASAMA DARIPADA ORANG AWAM
PERKEMBANGAN TERKINI J SATINE
JUMAAT, 8 NOVEMBER 2024
Kami mengambil maklum tentang video dan gambar yang telah tular di media sosial berhubung salah satu projek pembinaan syarikat kami.
Kami ingin memaklumkan bahawa semua langkah keselamatan telah diambil mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan. Langkah ini untuk memastikan keselamatan orang awam dan kepentingan pembeli kami dijaga.
Kami juga ingin menegaskan bahawa pembangunan ini telah dirancang dengan teliti dan proses pembinaan dilaksanakan selaras dengan peraturan dan etika yang diamalkan oleh badan profesional berkaitan.
Ketika ini, kami sedang bekerjasama dengan penasihat pakar dan pasukan petugas khas bagi memberi gambaran sebenar tentang status projek ini. Kami ingin menyediakan penilaian yang tepat dan menunjukkan bahawa isu di tapak pembinaan ini telah disalah tafsir.
Kami komited untuk terus berkongsi maklumat dengan orang awam.
Kami menghargai kerjasama orang awam untuk tidak menyebarkan video atau gambar serta membuat sebarang spekulasi melalui maklumat yang tidak disahkan berkaitan projek ini.
Kami percaya bahawa fakta akan membuktikan dan menjelaskan sebarang salah faham tentang situasi ini.
Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap projek pembangunan yang kami laksanakan.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.